Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Jana Pendapatan Menerusi YouTube

By 10 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Aida Ali/Musliha Yusof (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Pembudayaan normal baharu menyaksikan masyarakat menjadi semakin kreatif dalam memanipulasikan media sosial untuk menjana pendapatan melalui pelbagai platform seperti YouTube, Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.

Menurut Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Syaiza Zainal, penganjuran Bengkel Pembangunan YouTube dan Komuniti Sinema 2020 (Zon Selatan) dengan kerjasama Malaysia Google adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai yang berminat bagi mendalami ilmu media sosial khususnya YouTube.

“Bengkel yang julung kali diadakan ini memberi pendedahan kepada bakat muda untuk berkarya dengan lebih kreatif bagi menghasilkan video yang lebih menarik.

Syaiza berharap bengkel sebegini mampu membuka minda anak-anak muda untuk lebih kreatif.

Syaiza berharap bengkel sebegini mampu membuka minda anak-anak muda untuk lebih kreatif.

“Selain itu, bengkel ini juga secara tidak langsung mampu membuka minda anak-anak muda untuk lebih kreatif dalam menjana pendapatan,” katanya lagi ketika ditemui pada Bengkel Pembangunan YouTube dan Komuniti Sinema 2020 (Zon Selatan) di sini, hari ini.

Syaiza memaklumkan, turut diadakan sesi perkongsian ilmu yang dikendalikan oleh Raden Era, menampilkan youtuber terkenal seperti Cardock, Tuah Adzmi, Hazeman Huzir dan Mat Dan.

“Seiring dengan perubahan era digital hari ini, saya percaya masyarakat yang berjaya menguasai media sosial mampu meningkatkan ekonomi mereka.

Chalin percaya kecanggihan dalam menggunakan media sosial mampu membantu mengembangkan perniagaan.

Chalin percaya kecanggihan dalam menggunakan media sosial mampu membantu mengembangkan perniagaan.

“Saya amat berharap ia mampu membuka minda masyarakat tentang kebaikan dan kelebihan media sosial dalam kehidupan seharian,” ujarnya.

Seorang peserta yang ditemui, Chalin Pravena Raj, 32, turut mengakui bahawa kecanggihan media sosial pada masa kini mampu meningkatkan pendapatan dan mengembangkan perniagaan.

“Saya percaya bahawa dengan menggunakan platform media sosial bagi memasarkan perniagaan mampu membantu meluaskan lagi pasaran perniagaan saya.

Mohd Iswadi menyertai kursus ini bagi mengasah bakat dan mendalami ilmu media sosial.

Mohd Iswadi menyertai kursus ini bagi mengasah bakat dan mendalami ilmu media sosial.

“Oleh itu, saya perlu mengikut peredaran semasa dalam memahami penggunaan laman sosial yang serba canggih pada hari ini,” ujarnya lagi.

Mohd Iswadi Abd. Hamid, 40, berkata beliau menyertai bengkel ini bagi mengasah bakat dan mendalami ilmu media sosial yang sangat luas.

“Pada awal tahun ini, saya telah mencipta akaun youtube sendiri dan saya percaya melalui akaun tersebut saya boleh menjana dan menambahkan pendapatan seperti beberapa youtuber terkenal iaitu Mat Dan, Sugu Pavithra dan ramai lagi.

“Saya berharap satu hari nanti, saya juga mampu berjaya dan menjana pendapatan seperti mereka,“ katanya lagi.

-NI-

Tinggalkan komen anda