Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

IOW Pupuk Semangat Patriotisme

By 10 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Hamidah Md Drus/Muhammad Afiq Raduan (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Info on Wheels (IOW) Merdeka Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah berlangsung dengan meriah di kawasan Rukun Tetangga (KRT) Dangi, di sini, semalam.

Program tersebut adalah kolaborasi bersama Unit Promosi Kesihatan Daerah Kuala Pilah dan Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) KRT sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2020.

Bermula jam 8.00 pagi, program tersebut telah menarik perhatian penduduk setempat dengan kempen mengibarkan Jalur Gemilang dan sesi penerangan mengenai bahaya wabak denggi serta perkhidmatan ujian asas kesihatan.

Pegawai Penerangan Daerah Kuala Pilah, Shaharuddin Daud, berkata IOW Merdeka diadakan bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara dalam diri masyarakat serta kepentingan mengibarkan Jalur Gemilang dalam menzahirkan semangat tersebut.

“IOW Merdeka ini merupakan salah satu usaha Jabatan Penerangan dalam mengajak orang ramai untuk mengibarkan Jalur Gemilang, ditambah pula dengan program pemeriksaan kesihatan dan penerangan wabak denggi, ianya memberi banyak manfaat kepada orang ramai,” ujarnya.

WhatsApp Image 2020-08-10 at 16.13.52 (1)

Pihak Pejabat Kesihatan memberikan taklimat kepada masyarakat setempat.

Dalam pada itu, menurut Pengerusi KRT Dangi, Norhayati Abdullah, program tersebut juga diadakan untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat tentang kepentingan penjagaan kesihatan secara berkala.

“Usaha Jabatan Penerangan untuk bersama-sama turun padang bersama pihak kami amatlah dihargai dan dialau-alukan bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.

Tambah Norhayati lagi, program sebegini harus diteruskan bagi membina perasaan dan sikap prihatin terhadap kesihatan dan dalam masa yang sama menghayati erti kemerdekaan.

Hadir sama, Saiful Yazan Sulaiman, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol yang turut menyampaikan sumbangan berbentuk barang keperluan makanan kepada 10 orang penerima.

-AK

Tinggalkan komen anda