Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Warga Muallim Semangat Kekang Penularan COVID-19

By 10 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)

TANJONG MALIM, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Semangat rakyat dalam sama-sama memerangi wabak pandemik COVID-19 bukan saja melibatkan para petugas barisan hadapan malah mereka yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Menurut Orang Besar Jajahan (OBJ) Muallim Datuk Ir Dr Safry Kamal Ahmad, rakyat khususnya masyarakat daerah ini sentiasa tampil memberi bantuan dan sokongan tanpa mengira kaum, agama mahupun fahaman politik.

“Kita harus berbangga kerana pada awal pandemik COVID-19 tercetus, Hospital Slim River telah dipilih untuk dijadikan pusat saringan virus ini selepas Hospital Sungai Buloh.

“Ini petunjuk yang baik kerana keyakinan dan pengiktirafan kerajaan kepada kakitangan hospital di daerah Muallim bagi menangani kes COVID-19 dan secara tidak langsung telah melonjakkan nama Muallim dalam kalangan warga kesihatan di negara ini,” katanya ketika merasmikan Program Merdeka@Komuniti Daerah Muallim di Balai Lintang Muallim, di sini semalam.

Menurut Safry, daerah Muallim mengekalkan zon hijau semasa berlakunya pandemik ini dan apa yang ada di sini hanyalah kes import dan bukannya tempatan.

“Ini menunjukkan kerjasama oleh semua pihak dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah terbaik dan pada tahap yang tinggi.

“Kekalkanlah semangat memerangi virus ini agar kita dpat memerdekakan diri kita untuk kembali hidup normal dalam keadaan seperti mana sbelum ini,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda