Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMASelangor

Jalan Pintas Bandar Rawang Dibuka

By 5 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

RAWANG, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Pengguna jalan raya sekitar kawasan Rawang boleh menarik nafas lega apabila Jalan Pintas Bandar Rawang yang siap dibina lebih 10 tahun lalu akan dibuka bermula tengah malam ini.

Laluan dua lorong itu hanya dapat dibuka selorong sebelum ini iaitu dari arah Kampung Lee Kim Sai menghala ke bandar Rawang dan ditutup dari arah bandar Rawang ke Kuala Lumpur bermula di persimpangan lampu isyarat Pasaraya Mydin.

Pegawai Daerah Gombak, Shukri Mohamad Hamin, berkata laluan sepanjang hampir satu kilometer itu tidak dibuka berikutan isu tanah dan keselamatan orang awam.

Laluan Jalan Pintas Bandar Rawang tidak dapat dibuka sebelum ini berikutan isu tanah dan keselamatan.

Laluan Jalan Pintas Bandar Rawang tidak dapat dibuka sebelum ini berikutan isu tanah dan keselamatan.

“Jalan ini melalui pintu hadapan Masjid Nurul Iman yang mengancam keselamatan orang ramai, tapi kini ianya telah dialihkan (pintu pagar masjid) ke bahagian belakang yang lebih selamat.

“Walaupun mengambil masa yang lama, namun ianya dapat diselesaikan melalui situasi menang-menang untuk semua pihak.

”Harapan saya agar semua masalah rakyat di Gombak dapat diselesaikan melalui perbincangan dengan pelbagai pihak,” katanya ketika ditemui selepas perasmian pembukaan jalan berkenaan hari ini.

-NAZ

Tinggalkan komen anda