Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

JaPen Sabah Laksana 1,564 IoW Sehingga Ogos – Zawiyah

By 27 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Eviannie Kin/JaPen Sabah (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Sehingga kini, Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Sabah berjaya melaksanakan sebanyak 1,564 program hebahan Info on Wheels (IoW) di 25 buah daerah seluruh negeri ini.

Pengarahnya, Norzawiyah Bulka, berkata IoW Merdeka merupakan inisiatif jabatan dalam menyebarkan dan menghebahkan mesej-mesej kenegaraan di samping menjayakan Kempen Kibar Jalur Gemilang dalam usaha mengukuhkan semangat patriotisme rakyat Malaysia.

“Jadi JaPen berperanan untuk menyemai dan menyuntik semangat cinta akan negara terus mekar dalam kalangan rakyat Malaysia

“Menerusi program IoW, para pegawai JaPen akan bergerak ke serata kawasan pekan dan kampung di seluruh daerah dengan menggunakan Unit Hebahan Bergerak menguar-uarkan mesej kenegaraan dan mengajak masyarakat mengibarkan bersama-sama Jalur Gemilang,” katanya ketika diminta mengulas peranan utama JaPen semasa Bulan Kebangsaan tahun ini.

Beliau berkata demikian semasa sesi temu bual menerusi stesen radio SabahFM yang berlangsung di Jabatan Penyiaran Negeri Sabah (RTM), semalam.

Jelasnya, JaPen sebagai antara satu peneraju komunikasi bersemuka melaksanakan program-program di peringkat akar umbi melalui program IoW.

“JaPen juga terus melaksanakan kempen tersebut menerusi Media Sosial antaranya Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube menggunakan hashtag #MalaysiaPrihatin, #MalaysiaMerdeka dan #KibarJalurGemilang,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda