Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

KPDNHEP Runding Turun Harga Pelitup Muka

By 29 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang berunding dengan pihak pengilang dan pembekal bagi menurunkan harga pelitup muka, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pelitup muka adalah barangan keperluan yang digunakan hampir setiap masa selaras dengan pembudayaan norma baharu.

“InsyaAllah, jika rundingan ini berhasil, harga pelitup muka akan lebih berpatutan dan ini akan meringankan sedikit beban saudara-saudari sekalian,” katanya dalam perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang disiarkan di televisyen tempatan malam tadi.

Sebelum ini KPDNHEP menetapkan harga siling runcit RM1 bagi sekeping pelitup muka jenis tiga lapis.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda