Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

150 Penduduk Setempat Meriahkan Merdeka@Komuniti Perlis

By 13 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Sufian Kamarudin/Anuar Che Amat (Perlis)

SIMPANG EMPAT, 13 Sep (Malaysiaaktif) – 150 penduduk setempat meriahkan program Merdeka@Komuniti dalam menyemarakkan Sambutan Hari Malaysia di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Padang Benta Rahmat Hashim, berkata beliau dan penduduk kampung sentiasa menyambut baik program-program yang dianjurkan oleh agensi kerajaan terutamanya daripada Jabatan Penerangan Negeri Perlis dalam usaha menerapkan serta memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda.

“Kampung Padang Benta adalah salah sebuah kampung di Perlis yang mempunyai penduduk yang sentiasa memberikan komitmen dan kerjasama dalam menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh agensi kerajaan dan kampung ini juga antara salah sebuah kampung yang telah memenangi Pertandingan Keceriaan Peringkat Kebangsaan pada tahun 2019 bagi kategori Kampung anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.

Antara pertandingan yang diadakan sempena program tersebut, Pertandingan Masakan Ala Merdeka.

Antara pertandingan yang diadakan sempena program tersebut, Pertandingan Masakan Ala Merdeka.

“Jika dilihat, generasi hari ini seperti tidak mempedulikan peristiwa sejarah tanah air, malah ada yang berangapan sejarah hanya sekadar mata pelajaran yang perlu dipelajari di bangku sekolah sahaja dan sayang sekali jika generasi hari ini, hanyut dengan nikmat kemerdekaan yang dikecapi tanpa ada rasa semangat cinta dan kasih pada negara.

“Sebab itulah syarat utama dalam program hari ini, perlu mempunyai gabungan ahli kumpulan daripada generasi tua dan muda termasuk kanak-kanak dalam memastikan objektif utama program pada hari ini iaitu menerapkan nilai patriotik bukan hanya kepada generasi tua sahaja, tetapi juga kepada generasi muda, katanya.

Dalam pada itu, Exco Kerajaan Negeri Perlis Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Empat Nurulhisham Yaakob, berkata generasi hari ini perlu sentiasa diingatkan dengan sejarah pembentukan negara.

“Generasi muda pada hari ini perlu diterapkan dengan semangat patriotik dalam jiwa mereka agar tidak cenderung ke arah kehidupan yang tidak sihat dan sejarah pembentukan negara bangsa perlu sentiasa diperingatkan kepada mereka, supaya semangat cintakan tanah air sentiasa membara dalam jiwa,” katanya yang turut menyertai pertandingan hiasan merdeka sempena program tersebut, semalam.

-SH

Tinggalkan komen anda