Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

629 Ibu Tunggal di Perlis Terima Bantuan Khas PENJANA

By 13 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat (Perlis)

SIMPANG EMPAT, 13 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 629 ibu tunggal di negeri ini telah berjaya mendapat manfaat daripada inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) melalui pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 iaitu bantuan sekali beri yang berjumlah RM300 kepada ibu tunggal.

Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perlis Syuhada Sabdin, berkata bagi wanita yang seperti mempunyai suami sakit dan tidak mampu bekerja, wanita yang dalam proses penceraian layak memohon bantuan tersebut.

“Mereka yang memohon bawah Bantuan Khas Ibu Tunggal ini perlulah pendapatan tidak melebihi RM960.00 dan perlu memohon sebelum tarikh tutup iaitu pada 31 Oktober ini.

“Bantuan Khas Ibu Tunggal Bawah Inisiatif PENJANA ini telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui pakej-pakej rangsangan ekonomi, termasuk Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan PRIHATIN Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan nilai tambahan berjumlah RM260 bilion,” katanya sempena Program Merdeka@Komuniti, di sini semalam.

Menurut Syuhada, jumlah permohonan setakat 1 September 2020 adalah sebanyak 1,480.

“Bagi Parlimen Kangar sejumlah 416 permohonan diterima, Arau (293) dan Padang Besar (364) telah diterima. Bagi pembayaran Fasa 1 sejumlah 75 pemohon telah menerima manfaat tersebut dan bagi fasa 2 seramai 194 orang telah berjaya menerima bantuan itu dengan sejumlah RM80,700 dana telah disalurkan kepada yang berjaya,” katanya.

Beliau menyeru agar kepada golongan ibu Tunggal di negeri ini mengambil peluang dengan membuat permohonan bagi membantu meringankan beban kewangan ketika negara di landa pandemik COVID-19 yang memberi cabaran kepada ibu-ibu tunggal terutama yang berniaga.

-SH

Tinggalkan komen anda