Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

63 Anak Pokok Ditanam Simbolik Ulang Tahun Kemerdekaan Negara

By 14 September 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel/Muhammad Aliff Izham Shahrul Nizam (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 14 Sep (Malaysiaaktif) – Sebanyak 63 anak pokok teduhan termasuk pokok durian Musang King ditanam di sekitar kawasan Bukit Kerajaan, di sini.

Menurut Pegawai Daerah Kuala Kangsar Ahmad Munir Ishak, ia merupakan simbolik kepada 63 tahun meraikan kemerdekaan negara ini.

“Pokok durian Musang King dan juga pokok teduhan lain ini dibekalkan bagi menceriakan kawasan sekitar selain menjadi kesinambungan kepada sambutan Hari Landskap Negara yang diraikan setiap tahun.

“Usaha ini juga sejajar dengan pendekatan Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) yang mewujudkan Program Communication, Education, Participation & Awareness (CEPA) sebagai medium untuk berkongsi maklumat, kepakaran dan sumber lain dalam usaha memberi kesedaran dan pendidikan alam kepada masyarakat tentang kepentingan memelihara dan memulihara kawasan hutan,” katanya pada Program CEPA dan Merdeka@Komuniti Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Daerah Kuala Kangsar, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun, mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Hutan Daerah Kuala Kangsar  kerana telah menyumbangkan sebanyak 2000 anak pokok kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar dan telah mengagihkan sebanyak 200 anak pokok kepada sembilan mukim daerah ini.

“Semoga dengan usaha ini kita dapat meningkatkan biodiversiti dan pemeliharaan alam sekitar serta objektif yang disasarkan iaitu menjana kesedaran masyarakat mengenai fungsi, kegunaan dan nilai tambah kepada kawasan supaya dianggap sebagai aset infrastruktur semula jadi dalam penggunaan sumber secara mampan,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang.

-SH

Tinggalkan komen anda