Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Angkat Martabat Kesultanan Melayu dalam Teater dan Drama – Dr. Hazami

By 26 September 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 26 Sep (Malaysiaaktif) – Penggiat seni seharusnya mengangkat martabat kesultanan terdahulu dalam bentuk pementasan teater atau drama supaya rakyat lebih mengenali akan sejarah negara ini dengan lebih mendalam.

Menurut Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka Dr. Hazami Jahari, media massa dan penyampaian maklumat secara terus kepada generasi muda ini seharusnya dipergiat supaya mereka lebih faham akan sejarah dan asal usul negara bangsa tanpa berlandaskan emosi.

“Kita harus kembali kepada sejarah dan fakta sebenar dan bukan bercakap atas dasar emosi dan kepentingan peribadi sahaja yag mana boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika merasmikan Program Bicara Budaya Pensejarahan Asal Usul Bangsa Melayu dan Kewujudan Kesultanan Melayu di Alam Melayu di Lanai Casuarina, di sini hari ini.

Dr. Hazami (dua dari kanan) ketika menyempurnakan gimik perasmian program.

Dr. Hazami (dua dari kanan) ketika menyempurnakan gimik perasmian program.

Sementara itu, Ketua Satu Lembaga Pembangun Sastera (LEPAS) Perak Abd Rashid Ahmad Rafie, berkata program ini membicarakan sejauh mana teori atau fakta yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada penggemar dan pengkaji sosiobudaya dan bahasa.

“Matlamat program ini diadakan adalah untuk menjelaskan bagaimana hadirnya bangsa Melayu di nusantara ini dan bagaimana kewujudan kesultanan Melayu itu bermula.

Konsep atau pendedahan seperti ini perlu diteruskan agar masyarakat khususnya generasi muda kenal dan faham akan institusi kesultanan di negara kita,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda