Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Harga RON95, RON97 Turun Lima Sen, Diesel Turun Enam Sen

By 12 September 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun lima sen manakala diesel turun enam sen bagi tempoh 12 hingga 18 Sept ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.66, RON97 (RM1.96) dan diesel (RM1.72).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” maklum kenyataan itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda