Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu COVID-19 Catat Tiga Angka, Tiga Kematian

By 24 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 24 Sep (Malaysiaaktif) РJumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia kembali mencatat tiga angka pada 147 kes yang turut merangkumi 143 jangkitan tempatan selain merekodkan tiga kematian baharu dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kes terkumpul wabak tersebut berjumlah 10,505 yang meragut 133 nyawa.

Katanya kes penularan tempatan melibatkan 115 rakyat Malaysia dan 28 warga asing, manakala kes import pula membabitkan tiga rakyat tempatan dan satu warga asing yang pulang dari India (3 kes) dan Indonesia (1 kes).

‚ÄúBagi kes penularan dalam negara, sebanyak 134 kes dikesan di¬†Sabah; lima di Kedah;¬†Selangor (2)¬†dan masing-masing satu di¬†Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan,‚ÄĚ katanya dalam kenyataan¬†mengenai perkembangan COVID-19¬†semalam.

Memperincikan kes kematian, Dr Noor Hisham berkata dua dilaporkan di Sabah, sementara satu lagi di Kedah.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 39 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif pulih sepenuhnya kini sebanyak 9,602 kes atau 91.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Pada masa ini terdapat lapan kes dirawat di ICU dengan dua memerlukan alat bantuan pernafasan, katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda