Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

KKMM Pantau Penularan Berita Palsu Semasa PRN Sabah

By 20 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Edi Rizam Kassim/Azman Jumat (Sabah)

KOTA KINABALU, 20 Sep (Malaysiaaktif) – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan memantau penularan berita palsu sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata kementerian itu sedang memantau sekiranya ada berita-berita palsu tersebar mengani PRN Sabah.

“Sekiranya ada berita palsu yang menular terutamanya di platform media sosial, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membetulkan berita tersebut.

“Dalam kita menghadapi PRN Sabah ini, amat penting untuk kita memastikan maklumat-maklumat sahih disebarkan contohnya tarikh pilihan raya, waktu pusat mengundi dibuka, dan apa-apa berita dilaporkan adalah dari sumber yang sahih,” jelas beliau kepada media selepas merasmikan Sabah Election Media Lounge, di sini semalam.

BINCANG.. Muguntan (kiri) berbincang dengan Saifuddin (kanan) pada pertemuaan Ahli Jawatankuasa SJA bersama Menteri KKMM.

BINCANG.. Muguntan (kiri) berbincang dengan Saifuddin (kanan) pada pertemuaan Ahli Jawatankuasa SJA bersama Menteri KKMM.

Mengenai Sabah Election Media Lounge itu, Saifuddin berkata ia bukan pusat media rasmi, sebaliknya tempat santai untuk wartawan menghantar berita sambil menikmati suasana yang tenang.

“Ini adalah tempat bagi para wartawan untuk relaks dan bekerja pada waktu yang lebih fleksibel,” katanya.

Pusat Media Rasmi kendalian KKMM itu menyalurkan maklumat rasmi PRN Sabah kepada semua pengamal media.

Pada majlis sama, Saifuddin juga meluangkan masa bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan media negeri Sabah bersama Ahli Jawatankuasa Sabah Journalists Association (SJA) diketuai presidennya Datuk Muguntan Vanar.

Turat hadir, Ketua Setiausaha KKMM Datuk Suriani Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha KKMM Shakib Ahmad Shakir dan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Mohd Sukari Ab Hamid.

-SH

Tinggalkan komen anda