Laporan/foto: Sharifah Ithnin/ Rizal Jasmi (Alor Gajah)
MELAKA, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Atas dasar tanggungjawab membawa masej penting kepada masyarakat bagi menghayati erti kemerdekaan negara, Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah bersama Jawatankuasa Penyelarasan dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Machap Jaya telah mengadakan Konvoi ke-11 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam DUN Machap Jaya, baru-baru ini.
Menurut Penyelaras Japerun Machap Jaya, Datuk Rospandi Leman, sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ni amat berbeza kerana rakyat harus patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kasihatan bagi memutuskam rantaian Covid-19 namun usaha mengimarah Sambutan Hari Kebangsaan tetap diteruskan.
“Kekangan-kekangan tersebut tidak mematahkan semangat kita sebagai rakyat Malaysia untuk menyambut hari yang penuh bermakna ini dengan bersama-sama berkonvoi dan membawa Jalur Gemilang di serata DUN Machap Jaya bagi menggelorakan jiwa merdeka,” ujar beliau ketika merasmikan Program Konvoi Jelajah DUN Machap Jaya Sempena Merdeka@Komuniti bertempat di Dewan Japerun Machap Jaya, di sini.
Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah, Salina Hasan@Abd Rashid berkata, program tersebut sungguh meriah dan pertama kalinya sebanyak 11 ‘checkpoint’ telah dilaksanakan yang paling banyak saya sertai.
“Sambutan meriah di setiap ‘checkpoint’ membuatkan saya teruja dan memberi impak kenangan untuk saya simpan sepanjang bertugas di Alor Gajah. Teruja dengan komitmen yang telah diberikan semua pihak dari mula perancangan sehingga selesai program pada hari ini,” ujar Salina.
Konvoi disertai 50 buah motorsikal dan lima buah kenderaan pelbagai agensi menjelajah seluruh DUN Machap Jaya dengan jarak hampir 60 kilometer.
-KN