Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Pengawal Keselamatan Maut Dihempap Pokok

By 16 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 16 Sep (Malaysiaaktif) – Seorang pengawal keselamatan warga Pakistan maut dihempap pokok tumbang, ketika sedang bertugas di kawasan perumahan Taman Pelangi Indah, Johor Bahru, awal pagi tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau Pegawai Bomba Kanan II Jasni Saidin berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi ketika mangsa Amir Muhammad, 40, berada di dalam pondok keselamatan dalam kawasan perumahan itu.

“Sebatang pokok yang berhampiran tumbang dan menghempap pondok tersebut. Sewaktu kejadian berlaku, cuaca dilaporkan hujan dan ribut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden terbabit pada 3.44 pagi dan menggerakkan 13 anggota berserta dua jentera ke lokasi kejadian.

Jasni berkata, bomba menggunakan peralatan khas iaitu gergaji rantai untuk memotong pokok yang tumbang berkenaan bagi mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Johor Bahru Mohd Padzli Mohd Zain memberitahu, polis menerima panggilan telefon daripada orang awam melaporkan kejadian pokok tumbang yang menyebabkan seorang lelaki tersepit di dalam pondok pengawal.

“Pihak ambulans mengesahkan pengawal keselamatan tersebut meninggal dunia di tempat kejadian dan kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda