Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Penjawat Awam Diseru Amalkan Budaya Kerja Norma Baharu – Sanusi

By 6 September 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashsyar Abdullah (Alor Setar)

ANAK BUKIT, 6 Sep (Malaysiaaktif) – Budaya kerja norma baharu perlu diadaptasi dalam kehidupan bagi setiap penjawat awam hari ini dan perlu dijadikan amalan setiap hari dengan keadaan negara masih dalam situasi pandemik COVID-19 yang menular di seluruh negara.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor, berkata setiap penjawat awam perlu mengubah cara bekerja, berfikir, bertindak dan berinteraksi seiring dengan situasi semasa.

“Cabaran utama bagi penjawat awam dalam situasi ini adalah untuk bertindak dengan bijak, menerokai idea kerja baharu bagi menghadapi persekitaran kerja yang kompleks dan sentiasa berubah mengikut situasi.

“Penjawat Awam hari ini perlu bersedia dan menerima hakikat bahawa kehidupan akan berubah kepada norma baharu walaupun selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Justeru, saya berharap agar semua ketua jabatan dapat mengenal pasti skop bidang tugas jabatan masing-masing dan apa yang lebih penting adalah perkhidmatan teras yang dekat dengan rakyat,” katanya dalam Perhimpunan Penjawat Awam Persekutuan Negeri Kedah di Wisma Persekutuan, di sini hari ini.

Sanusi juga menyeru penjawat awam di negeri tersebut untuk menguasai penggunaan teknologi dan dunia digital bagi mengimbangi tuntutan Revolusi Industri 4.0 supaya institusi perkhidmatan awam kekal relevan dan dinamik.

”Penjawat awam digalakkan untuk meneroka bidang teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan internet kebendaan dalam membantu rutin pekerjaan harian,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda