Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Kejiranan UK Gelorakan Bulan Kebangsaan

By 6 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Warman Wagiman/Dhivyan Silvaraj (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 6 Sep (Malaysiaaktif) – Program Ceria Merdeka anjuran Jawatankuasa Penyelaras Taman Ujana Kingfisher (Jiran UK) dan Info on Wheels (IoW) anjuran Jabatan Penerangan Daerah Kota Kinabalu meraikan persamaan dalam kepelbagaian dan keceriaan dalam perpaduan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Program Bacho Saban, berkata pelbagai peringkat umur, jantina dan kaum bersama-sama menggelorakan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Ada yang berbasikal, berjalan kaki dan berlari dengan satu tujuan destinasi yang sama iaitu mengerat perpaduan mengukuh persefahaman dan menjalin persahabatan dalam kalangan penghuni Taman Ujana Kingfisher.

Antara penduduk yang menyertai kayuhan merdeka Jiran UK.

Antara penduduk yang menyertai kayuhan merdeka Jiran UK.

“Ini merupakan aktiviti kedua yang dilaksanakan semenjak Jawatankuasa Jiran UK ini ditubuhkan.

“Sebelum ini kami mengadakan gotong-royong membersihkan taman permainan dan memasang Jalur Gemilang di sekitar jalan utama ke taman ini,” katanya ketika ditemui semasa program tersebut, di sini semalam.

Beliau berkata ini adalah cara untuk lebih mengenali jiran-jiran yang berada di taman perumahan ini.

-SH

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda