Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Polis Tahan Dua Lelaki Samun Stesen Minyak

By 18 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 18 Sep (Malaysiaaktif) – Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam kes samun bersenjata berasingan di dua stesen minyak di Perlis dan Kedah minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata kedua-dua suspek ditahan ketika serbuan di dua rumah berasingan di Alor Setar, Kedah kira-kira 5 petang semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berumur 32 dan 37 tahun itu mengaku terlibat dalam dua kejadian samun di Jalan Kaki Bukit, Kangar di sini dan Changloon, Kedah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wari berkata turut dirampas sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Benelli berwarna merah yang merupakan motosikal curi dan digunakan suspek untuk melakukan jenayah samun.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata dan kedua-dua suspek direman selama tujuh hari.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda