Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Program Aspirasi Merdeka Labuanfm 2020 Serlah Semangat Kemerdekaan

By 1 September 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin (Labuan)/RTM Labuan

LABUAN, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Program Aspirasi Merdeka Labuanfm 2020 berjaya menyerlahkan semangat cintakan tanah air dengan menerapkan elemen kemerdekaan dalam kalangan pesertanya.

Timbalan Pengarah Penyiaran Labuan Fauziah Mohd Sidek, berkata seramai 150 orang peserta berbasikal dan mendaki Bukit Kubong dengan mengibarkan Jalur Gemilang di sepanjang laluan.

“Acara berbasikal yang membawa Jalur Gemilang bermula dari Dataran Labuan terdiri daripada ahli-ahli kelab berbasikal di Labuan yang diketuai oleh Ketua Polis Labuan, Superintenden Muhamad Farid Ahmad dan peserta berkayuh sejauh 13.9 kilometer melalui Jalan Tun Mustapha, Jalan Pohon Batu dan seterusnya ke Pantai Batu Manikar.

Pelepasan Acara Berbasikal disempurnakan Dr. Fary Akmal Osman.

Pelepasan Acara Berbasikal disempurnakan Dr. Fary (berdiri dua dari kanan).

“Seterusnya peserta bersama Ketua-Ketua Jabatan dan kakitangan Labuanfm mendaki Bukit Kubong setinggi 91 meter dari aras laut dan merentangkan Jalur Gemilang sepanjang 63 meter sempena 63 tahun Malaysia merdeka, sambil menyanyikan lagu Negaraku dan melaungkan kemerdekaan sebagai simbolik sambutan Bulan Kebangsaan di Labuan,” katanya.

Jelasnya, antara objektif program dilaksanakan adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanah air, berdisiplin dan serta mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara selain memupuk perpaduan kaum dan etnik menerusi kerjasama erat semasa sambutan diadakan.

“Selain itu program ini menanam rasa bangga dan menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan negara dan memupuk serta memperkukuh semangat setia negara dan jati diri dan menanam rasa tanggungjawab terhadap negara.

Peserta menyanyikan Lagu Negaraku di Puncak Bukit Kubong semasa Jalur Gemilang dinaikkan.

Peserta menyanyikan Lagu Negaraku di Puncak Bukit Kubong semasa Jalur Gemilang dinaikkan.

“Menerusi program ini juga masing-masing dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya serta bersyukur atas nikmat keamanan dan kemakmuran yang dikecapi sehingga kini,” katanya lagi semasa ditemui pada program itu semalam.

Tambahnya, program itu turut secara tidak langsung mempromosikan Labuanfm di peringkat akar umbi selain mewar-warkan kemudahan-kemudahan terkini yang disediakan seperti RTM Mobile, Myklik dan lain-lain lagi.

Program itu turut mendapat kerjasama daripada Perbadanan Labuan, Jabatan Penerangan Labuan, Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Kelab Sukan Jabatan Belia dan Sukan Labuan.

Pelepasan acara berbasikal disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman.

-SH

Tinggalkan komen anda