Skip to main content
HomePutrajaya

Malaysia Akan Buat Pelaburan Besar Dalam Teknologi Telekomunikasi Generasi Terkini

By 1 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA, 1 Sep (Malaysiaaktif)Ā – Malaysia akan membuat pelaburan besarĀ dalam teknologi telekomunikasi generasi terkini dan yang lain-lainĀ seiring denganĀ usaha untuk merealisasikan status negara berpendapatan tinggi, kata Menteri Komunikasi dan MultimediaĀ Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata setakat ini Malaysia menjalankanĀ 71 demonstrasi kes kegunaanĀ 5G yang diterajui oleh syarikat swasta iaituĀ Celcom, Digi, edotco, Maxis, Petronas, Telekom Malaysia, U Mobile dan YTL, serta rakan kongsi ekosistem mereka yang merangkumi penyedia penyelesaian digital, kementerian, agensi, penyepadu dan vendor.

ā€œKes kegunaan ini dilaksanakan di tujuh negeri (Kedah, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan) dengan keseluruhan pelaburan industri bernilai RM131 juta.

ā€œProjek ini menumpukan langkah memudahkan dan membangunkan ekosistem 5G yang holistik dan inklusif, merangsangkan permintaan serta penerimagunaan,ā€ katanya ketika menyampaikan ucaptama di Invest Malaysia 2020 –Ā Siri Maya 3 di sini, hari ini.

Beliau berkata memandangkan pelbagaiĀ industri menerima guna 5G, iaĀ boleh mendorong kadar sumbangan industri lain kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) secara efektif.

JusteruĀ membolehkan negara menghasilkan lebih banyak produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi sekali gus memberi manfaat kepada rakyat menerusi peningkatan pendapatan dan kemampuan, katanya.

Saifuddin berkata kerajaan telah melanjutkan tempoh projek demonstrasiĀ 5GĀ (5GDP) sehingga 31 Dis, 2020.

ā€œKepada pencipta baru, penyedia perkhidmatan dan pihak berkepentingan berkaitan, ini merupakan tempoh yang mengujakan bagi Malaysia. Saya menggesa anda untuk ke hadapan dan menyertai 5GDP ini,ā€ katanya.

Beliau berkata Malaysia sedang mempercepatkan penambahbaikan kesambungan gentian optik dan 4G bagi memastikan pelaksanaan 5G akan dapat dijalankan secara efisien dan berkesan.

Oleh itu, pelaksanaanĀ 5G akan memberi manfaat kepada pengguna tanpa peningkatan kos perkhidmatan yang ketara, industri akan dapat melancarkan penyelesaian mereka masing-masing menggunakan 5G, selain membolehkan penggunaan pantas rangkaian yang dilaburkan bagiĀ penyedia perkhidmatan, katanya.

“Ekosistem yang baikĀ akan memberi sumbangan besar kepada agenda Digital Malaysia seterusnya kepada KDNK negara,ā€ katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda