Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraMAPerlis

Rakyat Perlu Ambil Peluang Bagi Maklum Balas PTPN 2021-2025

By 17 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat (Perlis)

BINTONG, 17 Sep (Malaysiaaktif) – Rakyat Perlis perlu mengambil peluang untuk menjadi sebahagian daripada 10,000 responden yang disasarkan Kerajaan bagi Deraf Maklum Balas Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025.

Penyelaras KRT DUN Bintong Hafiz Hassan yang mewakili Pengarah Perpaduan Negeri Perlis menzahirkan ucapan penghargaan kepada penduduk-penduduk di tujuh buah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang terlibat dengan program ini dan berharap  masyarakat akan memberikan kerjasama dengan menjadi responden bagi maklum balas PTPN 2021-2025.

“Saya menyeru agar semua rakyat Perlis akan mengambil bahagian dalam memberikan maklum balas yang diadakan secara dalam talian ini.

“Maklum balas yang menyasarkan penglibatan 10,000 rakyat di seluruh negara ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan bagi Penggubalan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2025 yang secara tidak langsung akan menyokong pelaksanaan Dasar Perpaduan Negara mulai tahun 2021,” katanya ketika menyampaikan ucapan penutup perasmian program Merdeka@Komuniti, di sini baru-baru ini.

Pengerusi KRT Taman Masmuda Hamdan Ismail dalam ucapan aluannya pula menzahirkan ucapan penghargaan kepada Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Perlis yang telah banyak memimpin KRT dengan memberi sokongan dan tunjuk ajar untuk mengendalikan program-program komuniti setempat.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara sukarela yang mana membuktikan peranan KRT di zaman ini masih relevan dalam mengukuhkan semangat muhibah dalam kalangan komuniti setempat.

“Walaupun pada masa kini, budaya norma baharu perlu diamalkan sepanjang program berlangsung, ia tidak menjadi penghalang bagi penduduk tempatan sekitar DUN Bintong untuk turut hadir menjayakan program ini,” ujarnya.

-NI-

Tinggalkan komen anda