Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

SPRM Berhasrat Menjadi Agensi Antirasuah Bertaraf Dunia

By 6 September 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farah Diana/Nor Farizah Farnoh (Melaka)

MELAKA, 6 Sep (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berusaha menjadi sebuah agensi antirasuah yang bertaraf dunia dengan mengambil pendekatan melaksanakan tugas bersesuaian mengikut peredaran masa dan seiring dengan perkembangan pada peringkat global.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki, suruhanjaya ini menjadi tumpuan rakyat kerana salah satu isu utama yang memberi kesan besar kepada negara adalah berkaitan isu rasuah.

“SPRM harus memperkasakan aspek pencegahan selari dengan aspek operasi sebagai hala tuju bagi mencapai matlamat membersihkan negara daripada rasuah.

“Terdapat tiga teras utama peranan SPRM di dalam Akta SPRM 2009 iaitu operasi, pencegahan dan pendidikan. Peranan SPRM bukan sekadar menangkap pesalah rasuah tetapi turut melakukan perundingan dan pemeriksaan bagi memastikan tidak wujud kelompongan di dalam sesuatu sistem yang membawa kepada ruang dan peluang rasuah,” ujarnya.

Media Zon Selatan mengajukan soalan semasa sesi dialog.

Media Zon Selatan mengajukan soalan semasa sesi dialog.

Selain Kertas Siasatan dan Perisikan, SPRM juga mempunyai Kertas Pemeriksaan dan Perundingan bagi melihat keseluruhan sistem agar salah laku rasuah yang dilakukan tidak berulang.

Elemen pencegahan perlu diserapkan seawal usia kanak-kanak di peringkat prasekolah agar ‘benci rasuah’ menjadi suatu budaya dalam kehidupan seharian mereka, ujarnya semasa menghadiri Program Dialog SPRM bersama Media Zon Selatan, di sini baru-baru ini.

-KN

Tinggalkan komen anda