Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Suspek Hempas Kucing ke Lantai Beri Keterangan kepada Polis

By 23 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 23 Sep (Malaysiaaktif) – Seorang lelaki yang bertindak menghempas seekor kucingĀ ke lantai selepas haiwan berkenaan memanjat cermin depan keretanya,Ā hadir memberi keterangan di Balai Polis Setapak pagi semalam untuk siasatan lanjut kes itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa MajuĀ zarberkata lelakiĀ berumurĀ 36 tahun itu didakwa melakukan tindakan tersebutĀ di lot parkir deretan kedaiĀ di Jalan Rejang, Setapak,Ā semalam.

Beliau berkata tindakan lelaki berkenaan mengundang kecaman orang awam susulan penyebaran satuĀ video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 0.55 saat dalamĀ laman media sosial.

“SuspekĀ didakwa melakukan secara sedar dan susulan tindakanĀ tersebut boleh menyebabkan kucing berkenaan cedera selainĀ mengalami pendarahan dalaman akibat hentakan kuat ke lantai,” katanya.

Menurut Rajab Ahad, suspek hadir memberi keterangan pada 11.30 pagi,Ā bagaimanapunĀ tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan kiniĀ dalam proses memberikan keterangan lanjut kepada pegawai penyiasat kes.

“Perbuatan menzalimi haiwan apabila disabitkan oleh mahkamah akan dikenakan denda RM50,000Ā atau penjara untuk tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian sementara kes disiasat mengikut Seksyen 29 (1) (a) Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda