Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

710 Kes Baharu, Catat 10 Kematian, yang Tertinggi Setakat Ini

By 24 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 24 Okt (Malaysiaaktif) РJumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia dalam tempoh 24 jam kekal dengan tiga angka namun menurun sedikit kepada 710 kes, selain merekodkan 10 kematian baharu, iaitu yang tertinggi sejak wabak itu melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif kini sebanyak 24,514 kes manakala jumlah maut akibat wabak itu sebanyak 214.

Beliau berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula kini adalah 8,416 kes.

‚ÄúSabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 528 kes susulan hasil usaha gigih dalam menjalankan pengesanan kes secara aktif di negeri¬†itu,‚ÄĚ katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan¬†COVID-19¬†semalam.

Beliau berkata Selangor mencatat 62 kes baharu diikuti Pulau Pinang dengan 39 kes, Negeri Sembilan (37), Wilayah Persekutuan Labuan (19), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (10) sementara masing-masing empat di Perak dan Johor.

Selain itu dua kes direkodkan masing-masing di Terengganu dan Sarawak serta satu kes masing-masing di Kedah dan Pahang sementara hanya satu kes import yang pulang dari Nepal dicatatkan.

Sementara itu, sebanyak  467 kes pulih direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 15,884 kes.

Beliau berkata daripada jumlah itu, Sabah turut merekodkan jumlah kes pulih tertinggi dengan 246 kes, diikuti  Selangor sebanyak 105 kes dan Kedah dengan 74 kes.

Sehingga kini, terdapat 90 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 28 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan turut mengesan tiga lagi kluster baharu iaitu Kluster Samudera di Sabah, Kluster Palma di Selangor dan Kluster Jaya di Selangor serta Negeri Sembilan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda