Skip to main content
HomePutrajaya

COVID-19 : Pendaftaran Secara Fizikal Pelajar IPT Bagi Kemasukan Oktober 2020 Tangguh

By 2 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 2 Okt (Malaysiaaktif) – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menangguhkan pendaftaran secara fizikal dan bersemuka pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) bagi kemasukan Oktober 2020 dan pelajar lama kembali ke kampus susulan kebimbangan terhadap peningkatan kes COVID-19.

Menurut kementerian ituĀ semua urusan pendaftaran pelajar serta aspek pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara dalam talian hingga pengumuman baharuĀ mengenainya dibuat.

“Keputusan menangguhkan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka pelajar-pelajar yang terlibat perlu dibuat demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan semua pihak.

“Bagi pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh kekal berada di kampus masing-masing. Pihak IPT diminta membantu segala keperluan yang diperlukan oleh kumpulan pelajar ini,” kata KPT dalam kenyataan hari ini.

KPT berkata sebarang pertanyaan berkaitan pergerakan balik ke kampus serta sesi pengajaran dan pembelajaran boleh dirujuk terus kepada IPT masing-masing.

“KPT juga mencadangkan kepada semua IPT supaya menangguhkan semua program atau aktiviti yang melibatkan himpunan di dalam kampus,” demikian menurut kenyataan itu.

KPTĀ jugaĀ telah berunding dengan syarikat penerbanganĀ bagi memohon pertimbangan penjadualan semula penerbangan pelajar pulang ke kampus khususnya bagi mereka yang telah membeli tiket penerbanganĀ ke IPTĀ masing-masing.

KPT memaklumkan bahawa syarikat penerbangan bersetuju menjadualkan semula penerbangan pelajar IPT sehingga 31 Dis 2020.

ā€œKPT prihatin dengan pandangan pelbagai pihak serta kebimbangan yang disuarakan pelajar, ibu bapa dan masyarakat berikutan peningkatan kes COVID-19 yang berlaku hanya selang beberapa hari sahaja dari tarikh kemasukan pelajar baharu ke universiti.Ā Justeru, KPT mengambil langkah proaktif berunding dengan syarikat penerbangan,ā€ menurut kementerian itu.

Pada 27 Sept lepas, MenteriĀ Pengajian TinggiĀ Datuk Dr Noraini Ahmad dilaporkan mencadangkan IPT menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan lama dari kawasan zon merah secara bersemuka.

Noraini mahu proses pendaftaran dan pembelajaran bagi kumpulan pelajar terbabit dilakukan secara dalam talian.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda