Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Cemar Sungai Kundang: 11 Individu Direman

By 28 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SHAH ALAM, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Pihak polis menahan 11 individu termasuk pengurus kilang berhubung kes pencemaran Sungai Kundang, Rawang minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata tangkapan semua lelaki berusia 27 hingga 66 tahun itu selepas menyerbu sebuah kilang di Kundang Jaya, jam 3 petang semalam.

“Tiga orang adalah warga tempatan termasuk pengurus kilang berusia 66 tahun sementara lapan orang warganegara Myanmar yang merupakan pekerja kilang tersebut.

“Pihak polis juga telah merampas beberapa dokumen dan peralatan yang disyaki digunakan menyebabkan pencemaran air.

“Kesemua tangkapan mendapat perintah reman selama tujuh hari yang akan berakhir 2 November ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, Majlis Perbandaran Selayang memaklumkan pihaknya mengesan pencemaran ketika satu operasi pemantauan bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Operasi berkenaan susulan aduan pencemaran bahan biodiesel yang mencatatkan keputusan melebihi 10 TON pada saliran air yang mengalir ke Sungai Kundang.

-NAZ

Tinggalkan komen anda