Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

KSN Negatif COVID-19, Jalani Kuarantin Kendiri Hingga 16 Okt

By 7 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini memaklumkan hasil ujian pengesanan COVID-19 terhadap beliau adalah negatif dan beliau kiniĀ menjalani kuarantin kendiri di kediamannya hingga 16 Okt ini atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

“Saya telah menjalani ujian pengesanan COVID-19 dan Alhamdulillah, keputusannya adalah negatif. Saya akan meneruskan kuarantin kendiri sebagaimana disarankan kerajaan,ā€ katanya menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

Mohd Zuki berkata situasi itu tidak mengganggu urusan pentadbiran perkhidmatan awam kerana beliauĀ akanĀ bekerja dari rumah dan memanfaatkan aplikasi digital dalam pelaksanaan tugas seperti sidang video bagi mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan atau dihadirinya.

Mohd Zuki menjalani ujian pengesanan COVID-19 dan kuarantin kendiri selepasĀ seorang ahli mesyuarat yang turut dihadiri beliauĀ pada 3 Okt lepas, disahkan positif COVID-19.

Sementara itu, beliauĀ mengingatkan ketua jabatan agar memberiĀ pelepasan khas daripada bertugasĀ atau kebenaran bekerja dari rumah kepada pegawai yang disahkan mempunyai simptom jangkitan atau mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif COVID-19 seperti dinyatakan dalam Garis Panduan Pengendalian Isu-Isu Berhubung Penularan Jangkitan Wabak COVID-19 di premis kerajaan bertarikh 16 Mac 2020.

Beliau jugaĀ menasihatiĀ penjawat awam dan petugas barisan hadapan agar mematuhiĀ prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkanĀ dan tidak menyebarkan berita palsu yang boleh mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat.

“Saya ingin mengajak seluruh penjawat awam terutamanya petugas barisan hadapanĀ untuk terus tabah dan bersemangat dalam memberikan khidmat bakti yang terbaik dalam keadaan yang penuh mencabar ini.

ā€œPatuhi SOP dan budayakan normaĀ baharu sama ada dalam pelaksanaan tugas mahupun kehidupan seharian,ā€ katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda