Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Lelaki Lemas, Terjatuh dari Jeti LKIM Besut

By 10 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dari jeti Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Besut, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Mohamad Jusoh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.30 petang tadi dan sebuah jentera bersama lapan anggota termasuk pegawai digerakkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa Azman Che Amat, 45, sebelum itu dikatakan berada di tepi jeti berkenaan sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam air.

“Mayat mangsa ditemui pada pukul 5.30 petang oleh pasukan penyelamat berhampiran tempat mangsa dikatakan terjatuh,” katanya ketika dihubungi.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Besut bagi tindakan lanjut.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda