Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Malaysia Rekod 489 Kes Baharu, Dua Kluster Baharu Dikesan

By 8 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 di Malaysia menurun berbanding kelmarin namun tetap merekodkan tiga angka dengan mencatatkan 489 kes dan kemunculan dua kluster baharu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah itu, 487 merupakan penularan tempatan dan dua lagi merupakan kes import.

“Daripada 487 kes penularan tempatan, 467 kes melibatkan warganegara dan 20 kes lagi bukan warganegara manakala kes import melibatkan satu warganegara dan satu bukan warganegara yang mengembara dari India dan Kepulauan Maldives,” katanya dalam kenyataan berhubung situasi COVID-19, semalam.

Dengan perkembangan itu, katanya jumlah kes positif keseluruhan adalah 13,993 kes dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan sebanyak 3,351 kes.

Manakala terdapat 74 kes yang telah pulih menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 10,501 kes atau 75.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tiada pertambahan kematian dicatat, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kekal 141 kes atau 1.01 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Perincian kes penularan dalam negara hari ini mengikut negeri pula ialah Sabah 282 kes, Kedah (153), Selangor (19), Pulau Pinang (tujuh), Johor (enam), Perak dan Terengganu masing-masing empat kes, Kuala Lumpur dan Sarawak masing-masing tiga kes, Pahang dan Putrajaya masing-masing dua kes, manakala Kelantan dan Negeri Sembilan masing-masing terdapat satu kes.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda