Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

MERCY Malaysia Siap Sedia Hadapi Gelombang Ketiga

By 7 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 7 Okt (Malaysiaaktif) – MERCY Malaysia melancarkan semula operasi Respons Kecemasan COVID-19 bagi membantu meringankan beban agensi kerajaan ketika gelombang ketiga pandemik itu melanda negara.

Menurut satu kenyataan hari ini, MERCY Malaysia merancang untuk menubuhkan sembilan stesen ujian saringan COVID-19 iaitu tiga stesen di Semenanjung Malaysia manakala enam lagi di Sabah dan Sarawak.

“Untuk tujuan ini, seramai 180 sukarelawan digerakkan dalam dua fasa dengan 10 sukarelawan mengendalikan setiap lokasi lapan hari berturut-turut selama 72 hari.

“MERCY Malaysia memutuskan untuk terus menjalankan ujian saringan COVID-19 di lima lokasi dikenal pasti sebagai Zon Merah termasuk di Selangor, QFFD Clinic Ampang, Kedah, Sabah dan Sarawak selama 200 hari dengan 10 tenaga sukarelawan perubatan,” menurut kenyataan itu.

MERCY Malaysia turut membantu menyediakan kemudahan kesihatan membekalkan peralatan unit rawatan rapi (ICU) dan COVID-19 seperti kit pengambilan sampel (VTM), kit ujian berasaskan antigen (RTK-Ag), mengedarkan set  Peralatan Perlindungan Diri (PPE) kepada agensi terlibat serta Klinik Kesihatan yang memerlukan bantuan.

Mereka yang ingin memberi sokongan kepada MERCY Malaysia untuk menghadapi gelombang ketiga pandemik itu boleh menyalurkan sumbangan kepada Dana Pandemik COVID-19 menerusi Dana Kemanusiaan MERCY: 5621 7950 4126 (Maybank) atau MERCY Malaysia: 8000 7929 08 (CIMB) atau melalui www.mercy.org.my.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda