Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Mangsa Banjir di Sungai Siput Terima Bantuan

By 13 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel/Zulkifi Ahmad (Kuala Kangsar)

LASAH, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 152 orang penduduk yang terjejas ekoran kejadian banjir yang melanda Daerah Sungai Siput pada tahun lalu menerima bantuan wang ihsan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun, berkata pemberian bantuan wang ihsan ini adalah sumbangan daripada Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN).

“Tujuan utama bantuan ini dilaksanakan adalah untuk meringankan beban mangsa ekoran berlakunya kejadian bencana alam selain dapat membeli keperluan harian dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu disebabkan pandemik COVID-19,” katanya pada Pogram Pembudayaan Norma Baharu COVID-19 dan Penyerahan Bantuan Wang Ihsan, di sini hari ini.

Sementara itu, Zolkafly berkata bersempena pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu yang dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 8 Ogos lalu, kerajaan negeri juga tidak terkecuali untuk bersama-sama melaksanakan kempen tersebut di negeri ini.

“Program ini dilaksanakan bagi memastikan setiap individu memahami betapa pentingnya untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam usaha melawan dan memutuskan rantaian COVID-19 dalam kalangan komuniti setempat,” katanya yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang.

Turut hadir Pegawai Daerah Kuala Kangsar Ahmad Munir Ishak.

-SH

Tinggalkan komen anda