Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

75 Projek Kecil Bakal Dilaksana Seluruh Kampung di Labuan

By 21 November 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 21 Nov (Malaysiaaktif) – Semua kampung di wilayah ini bakal merasai limpahan peruntukan RM1.5 juta melalui 75 projek kecil yang akan dilaksanakan sebelum Jun tahun hadapan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL) Dr. Fary Akmal Osman, semua kampung akan mendapat naik taraf kemudahan seperti naik taraf surau, gelanggang futsal, balai raya, jalan kampung, titian dan rumah-rumah daif.

“Kita ucapkan terima kasih kerana ini adalah peruntukan khas Perdana Menteri yang dipohon oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Senator Datuk Bashir, dan PL diberi kuasa oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai agensi pelaksana bersama-sama pemimpin masyarakat.

“Saya juga telah berbincang dengan pihak JPM agar kita diberi tempoh lebih masa kerana kesukaran mendapat material dari negeri Sabah semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya selepas membuat lawatan tapak projek-projek berkaitan di tiga kampung, pagi tadi.

Bashir (paling kanan) , Fary (tengah) ketika meninjau stor Masjid Kg Batu Manikar yang akan di naik taraf.

Bashir (paling kanan) , Fary (tengah) ketika meninjau stor Masjid Kg Batu Manikar yang akan di naik taraf.

Senator Datuk Bashir Alias juga merakamkan penghargaan kepada Menteri Wilayah Persekutuan atas kelulusan peruntukan tersebut.

“Terima kasih diucapkan kepada Menteri Wilayah yang menyalurkan peruntukan ini untuk projek-projek kecil di Labuan dan bagi kami ini satu penghormatan kepada Labuan kerana dalam pada kita dilanda COVID-19 peruntukan sebegini akan menjadi perangsang enjin ekonomi Labuan.

“Selepas ini kita akan buat kertas kerja teknikal untuk proses melantik kontraktor di Labuan,” katanya.

Beliau turut berharap kementerian lain akan berbuat perkara yang sama dan ada peruntukan-peruntukan diturunkan ke Labuan.

“Kami akan bertemu dengan kementerian lain untuk pastikan Labuan tidak terpinggir dari arus pembangunan terutama dalam keadaan Labuan penuh cabaran ini,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda