Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

869 Kes Baharu, 725 Pulih, Enam Kematian

By 11 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 11 Nov (Malaysiaaktif) – Malaysia merekodkan 869 kes baharu COVID-19 dan enam kematian dalam tempoh 24 jam lalu, sekali gus mencatatkan jumlah kumulatif sebanyak 42,050 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh tersebut, sebanyak 725 kes pulih turut direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 30,304 kes atau 72.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Mengenai pecahan kes semalam, katanya,¬†Sabah terus mencatatkan jumlah tertinggi dengan¬†397 kes diikuti¬†Selangor (235),¬†Negeri Sembilan (141), Pulau Pinang (27),¬†Kuala Lumpur (19),¬†Perak (12),¬†Kedah (3) dan 8 kes di Johor.

“Selain itu, Kelantan mencatatkan¬†sembilan¬†kes,¬†Labuan (8), Sarawak (6) dan¬†Putrajaya (3),” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan (KKM),¬†semalam.

Beliau berkata kesemua kes baharu ini merupakan kes penularan dalam negara kecuali hanya satu kes import iaitu di Selangor melibatkan bukan warganegara yang tiba dari Nepal.

Dr Noor Hisham berkata pertambahan enam kematian berkaitan COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kematian 300 kes.

“Kesemua kes kematian terbaru itu direkodkan di Sabah melibatkan empat¬†lelaki warganegara, seorang¬†wanita warganegara dan seorang lagi wanita bukan warganegara.

“Sehingga kini¬†terdapat 82 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi¬†di mana 27 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda