Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Pelaksanaan 10 SJR Ketika PKPB di Daerah SPU

By 11 November 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Salawaty Md Shariff (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 11 Nov (Malaysiaaktif) – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berkuatkuasa di kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia, termasuk Pulau Pinang sehingga 6 Disember depan berikutan peningkatan kes COVID-19.

Berhubung sekatan jalan raya (SJR), Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Noorzainy Mohd Noor, berkata 10 SJR dilakukan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU bagi memastikan tiada pergerakan rentas negeri dalam tempoh pelaksanaan PKPB mulai semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) , Noorzainy Mohd Noor berkata 10 SJR telah dilakukan dalam tempoh pelaksanaan PKPB sehingga 6 Disember.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) , Noorzainy Mohd Noor berkata 10 SJR telah dilakukan dalam tempoh pelaksanaan PKPB sehingga 6 Disember.

“SJR termasuk kawasan berdekatan sempadan Pulau Pinang-Kedah yang dilaksanakan secara bersepadu dengan 300 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam( APM) dan juga Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) membantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Selain SJR, pihak polis turut mengadakan pemeriksaan di terminal feri dan kereta api bagi mengelak cubaan orang awam menggunakan pengangkutan awam untuk merentas negeri,” katanya yang ditemui, di sini kelmarin.

Salah seorang Pegawai dari Pejabat Penerangan Daerah SPU memberikan pelitup muka secara percuma di SJR Jambatan Merdeka.

Salah seorang Pegawai dari Pejabat Penerangan Daerah SPU memberikan pelitup muka secara percuma di SJR Jambatan Merdeka.

Tambahnya, polis juga akan meningkatkan pasukan petugas yang bertindak memastikan individu dan peniaga supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang PKPB.

“Orang awam juga diingatkan bahawa pergerakan merentas daerah tanpa kebenaran sepanjang PKPB juga tidak dibenarkan,” katanya.

Pemandu cuba merentas sempadan daerah tanpa kebenaran tidak dibenarkan di setiap SJR.

Pemandu cuba merentas sempadan daerah tanpa kebenaran tidak dibenarkan di setiap SJR.

Ketika penguatkuasaan PKPB ini, Pejabat Penerangan Daerah SPU turut mengambil inisiatif menyampaikan maklumat berkaitan Pembudayaan Norma Baharu dan memberikan pelitup muka dan peletak kereta secara percuma di SJR Jambatan Merdeka dan SJR Pinang Tunggal semalam.

-ii-

Tinggalkan komen anda