Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Al-Sultan Abdullah dan Permaisuri Agong Ucapkan Selamat Menyambut Deepavali

By 14 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Facebook Istana Negara

PUTRAJAYA, 14 Nov (Malaysiaaktif) – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua masyarakat beragama Hindu di seluruh negara.

Kedua-dua Seri Paduka Baginda menyampaikan ucapan tersebut menerusi satu hantaran di akaun Facebook Istana Negara, hari ini.

“Semoga festival cahaya akan menerangi kehidupan anda dengan keamanan, kemakmuran, kesihatan dan kegembiraan,” menurut hantaran tersebut.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda