
Foto: Infografik Kementerian Kewangan Malaysia
PUTRAJAYA, 7 Nov (Malaysiaaktif) – Harga runcitĀ RON95 dan RON97 masing-masing turun tiga sen manakala diesel turun enam sen bagi tempoh 7 Nov hingga 13 Nov ini.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga RON95,Ā RON97 dan diesel adalah pada hargaĀ RM1.61,RM 1.91 dan RM1.68Ā seliter.
āHarga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
āKerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,ā menurut kenyataan ituĀ semalam.
— BERNAMA