Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Harga RON95, RON97 Turun 3 Sen, Diesel Turun 6 Sen

By 7 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik Kementerian Kewangan Malaysia

PUTRAJAYA, 7 Nov (Malaysiaaktif) – Harga runcit RON95 dan RON97 masing-masing turun tiga sen manakala diesel turun enam sen bagi tempoh 7 Nov hingga 13 Nov ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga RON95, RON97 dan diesel adalah pada harga RM1.61,RM 1.91 dan RM1.68 seliter.

“Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu semalam.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda