Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Nezatul Belia Pertama Negara Berucap di Youth STEM Summit

By 2 November 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Mahathir Abdul Halif (Keningau)

KENINGAU, 2 Nov (Malaysiaaktif) – Pelajar Kolej Vokasional Keningau (KV Keningau), Nezatul Fazlyin Zainal menjadi belia Malaysia pertama terpilih sebagai panelis di Youth STEM Summit yang telah berlangsung pada 30 Oktober hingga 1 November lalu di United Kingdom.

Menurut Pengarah Kolej Vokasional Keningau Johari@Jaibet Sabin, kejayaan Nezatul Fazlyin membuktikan kemampuan dan komitmen pelajarnya mengasah bakat dan minat mereka dalam pelbagai bidang.

“Nezatul Fazlyin merupakan salah seorang ahli utama Kelab Digital Maker KV Keniangau yang bergiat aktif dalam bidang STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics).

“Baru-baru ini beliau bersama pasukannya memenangi Anugerah Inovasi Komuniti di Pertandingan Hackathon anjuran UNESCO.

“Pada sesi ‘Light Talk’ ini Nezatul menjelaskan berkenaan projek STEM yang dilaksanakan oleh pasukannya bertujuan melatih para pelajar dan guru dalam bidang teknologi terkini seperti penggunaan dron dan pencetakan tiga dimensi dalam membantu projek inovasi mereka,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Nezatul merupakan pelajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kolej Vokasional Keningau, telah menghantar penyertaan berbentuk video berdurasi satu minit kepada pihak penganjur pada 20 Oktober yang lalu.

Hanya lima panelis dari seluruh dunia terpilih untuk sesi ini yang berlangsung secara dalam talian pada 31 Oktober lalu bertajuk ‘The Big Challenges’.

Pada tahun ini program anjuran Youth STEM 2030 menerima 238 penyertaan daripada 39 negara dengan persidangan yang pertama kalinya diadakan secara dalam talian disebabkan oleh Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara.

-SH

Tinggalkan komen anda