Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Pembangunan Hub Sukan Daerah Kepala Batas Tetap Diberi Fokus

By 10 November 2020Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Salawaty Md Shariff (Daerah Seberang Perai Utara)

BERTAM , 10 Nov (Malaysiaaktif) – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memberikan komitmen penuh dalam melaksanakan segala pembangunan belia dan sukan untuk generasi warga muda dan warga belia seluruh negara walaupun terdapat sedikit penurunan kepada belanjawan keseluruhan KBS yang diperuntukan dalam Belanjawan 2021 baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan Reezal Merican Naina Merican, berkata belanjawan yang dibentangkan walaupun terdapat sedikit penurunan kepada belanjawan keseluruhan KBS, namun ianya sama sekali tidak bermakna kita tidak boleh melaksanakan amanah dan program dengan sebaik mungkin.

“Dalam Belanjawan 2021, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM103 juta ringgit kepada KBS untuk tujuan pembinaan, menaiktaraf kemudahan sukan,” katanya ketika merasmikan Majlis Perasmian Projek Menaiktaraf Padang Hoki di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), di sini baru-baru ini.

Menteri Belia Dan sukan, Reezal Merican, menandatangani plak dalam Majlis Perasmian Projek Naik Taraf Padang Hoki Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Seberang Perai ( MBSP), Bertam.

Menteri Belia Dan sukan, Reezal Merican, menandatangani plak dalam Majlis Perasmian Projek Naik Taraf Padang Hoki Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Seberang Perai ( MBSP), Bertam.

Reezal turut menyatakan, untuk sukan berprestasi tinggi, sebanyak RM55 juta ringgit dan RM20 juta diperuntukan kepada operator fasiliti sukan melalui TEKUN Nasional.

“Apabila sempurnanya kerja-kerja naik taraf di padang hoki ini, ia dapat memberi nafas dan semangat baru kepada peminat sukan hoki di Kepala Batas dan kawasan sekitar, malah ianya bakal menjadi pemangkin kecemerlangan sukan hoki di Pulau Pinang walaupun kos keseluruhan projek ini hanya lebih kurang RM4 juta,” ujarnya.

Reezal Merican mencuba permainan Hoki selepas Majlis Perasmian Projek Naik Taraf Padang Hoki di Kompleks Sukan MBSP.

Reezal Merican mencuba permainan Hoki selepas Majlis Perasmian Projek Naik Taraf Padang Hoki di Kompleks Sukan MBSP.

Terdahulu dalam ucapannya, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata beberapa buah sekolah telah dikenalpasti untuk dijadikan sebagai Pusat Latihan Daerah (PLD) di bawah program Pembangunan Bolasepak dan Hoki Negara (NFDP) antaranya Sekolah Menengah Haji Abdul Kadir.

Menurutnya lagi, Sekolah Kebangsaan Betam Perdana, Kepala Batas akan diwujudkan menjadi Akademi Tunas yang berperanan melahirkan atlet bolasepak seawal umur 7 tahun bagi mencungkil bakat baru dalam sukan skuasy dan melalui Majlis Sukan Negara akan mewujudkan Program Pelapis Negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj. Ahmad Badawi.

Turut hadir dalam Majlis Perasmian, dari kiri Datuk Bandar MBSP, Rozali Haji Mohamud, Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang, Soon Lip Chee, Menteri Belia dan Sukan, Reezal Merican dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Turut hadir dalam Majlis Perasmian, dari kiri Datuk Bandar MBSP, Rozali Haji Mohamud, Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang, Soon Lip Chee, Menteri Belia dan Sukan, Reezal Merican dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

“Bakal diwujudkan di Kepala Batas ialah Esport Youth Cabin bagi memberi kemudahan sukan e-sukan bagi anak-anak muda belia menjalani latihan serta pertandingan di daerah ini dengan peruntukan sebanyak RM15 juta,”katanya.

Turut hadir ke Majlis Perasmian ini, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang Soon Lip Chee dan Datuk Bandar MBSP Rozali Mohamud.

-ii-

Tinggalkan komen anda