Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Amalan Norma Baharu Bimbing Masyarakat Perangi COVID-19

By 10 November 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani/Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 10 Nov (Malaysiaaktif) – Program Info on Wheels (IoW); Pembudayaan Norma Baharu telah diadakan bertujuan berkongsi dengan golongan sasaran tentang maklumat terkini melawan wabak COVID-19.

Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan(SPS) Farhani Ismail, berkata pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada perlu diperluaskan lagi.

Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan(SPS), Farhani Ismail memberikan taklimat Pembudayaan Norma Baharu di perkarangan Surau Nurul Iman Kampung Hj Omar dalam Program IOW.

Farhani Ismail (dua dari kanan) memberikan taklimat Pembudayaan Norma Baharu di perkarangan Surau Nurul Iman Kampung Hj Omar dalam Program IoW.

“Pematuhan SOP adalah peranan dan tangggungjawab individu serta masyarakat dalam usaha membendung COVID-19,” katanya dalam taklimat Pembudayaan Norma Baharu di perkarangan Surau Nurul Iman Kampung Hj Omar, baru-baru ini.

Suasana kehadiran peserta Program IOW "Pembudayaan Norma Baharu" anjuran Pejabat Penerangan Daerah SPS.

Suasana kehadiran peserta Program IOW “Pembudayaan Norma Baharu” anjuran Pejabat Penerangan Daerah SPS.

Ketua Komuniti Ibrahim Chik, berkata maklumat yang disampaikan amat baik dan berguna serta boleh dikongsi bersama masyarakat dalam usaha membendung COVID-19 dan kaedah penyampaian maklumat seperti ini wajar dilaksanakan secara berterusan.

Petugas-petugas Pejabat Penerangan Daerah SPS bersama Ketua Komuniti, Ibrahim Chik serta penduduk mempromosi "Pembudayaan Norma Baharu" dan Pematuhan SOP.

Petugas-petugas Pejabat Penerangan Daerah SPS bersama Ketua Komuniti, Ibrahim Chik serta penduduk mempromosi “Pembudayaan Norma Baharu” dan Pematuhan SOP.

“Semua golongan lapisan masyarakat perlu memainkan peranan tanpa mengira latar belakang politik,bangsa, kaum atau sebagainya kerana kita perlu bersatu hati memerangi wabak ini kerana peningkatan mendadak berlaku di beberapa negeri setiap hari,” katanya.

Pelitup muka dan cecair pembasmi kuman serta bahan penerbitan diedarkan kepada peserta Program dari Pejabat Penerangan Daerah SPS.

Pelitup muka dan cecair pembasmi kuman serta bahan penerbitan diedarkan kepada peserta Program dari Pejabat Penerangan Daerah SPS.

Pada program yang sama, orang ramai yang hadir turut menerima sumbangan pelitup muka serta cecair pembasmi kuman serta edaran bahan penerbitan baru tentang pencegahan COVID-19 dari Pejabat Penerangan Daerah SPS.

-ii-

Tinggalkan komen anda