Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Profesor Direman Enam Hari Berhubung Rasuah Pembelian Tanah

By 14 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 14 Nov (Malaysiaaktif) – Seorang bekas pengurus besar sebuah institusiĀ badan pengkaji bergelar profesor direman enam hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung rasuah berjumlah RM100,000 membabitkan pembelian tanah.

Perintah reman hingga Khamis depan itu dikeluarkan Majistret Syajaratudur Abd Rahman di sini hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi.

Menurut sumber, suspek berusia 54 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor sekitar 6 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.

Suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah sebagai khidmat perunding pembelian tanah bagi tujuan pembangunan agensi tempatnya berkhidmat, yang mana harga tanah berkenaan dinilai lebih tinggi daripada harga pasaran, kata sumber itu.

Bernama difahamkan lebihan nilai harga tanah ituĀ adalah bagi pembayaran rasuah Ā untuk dirinya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda