Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Program SHIELDS Secara Talian Didik Pelajar Elak Dadah

By 23 November 2020Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

TELUK KUMBAR, 23 Nov (Malaysiaaktif) – Penglibatan pelajar dalam proram secara talian mampu menguatkan mental pelajar untuk mengelak penyalahgunaan dadah dengan keadaan norma baharu dalam pandemik COVID-19 masa kini.

Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Barat Daya Ibrahim Muhamad Said, berkata program Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS) telah berlangsung di Bilik Komputer SMK Seri Bayu selama dua hari bermula 18 hingga 19 November 2020 di sini, baru-baru ini.

Program SHIELDS secara talian ini mendidik para pelajar mengelak dadah yang melibatkan 60 orang pelajar-pelajar SMK Seri Bayu selama dua hari.

Program SHIELDS secara talian ini mendidik para pelajar mengelak dadah yang melibatkan 60 orang pelajar-pelajar SMK Seri Bayu selama dua hari.

“Program secara talian ini melibatkan 60 orang pelajar-pelajar SMK Seri Bayu sambil mematuhi Norma Baharu AADK serta dari jabatan-jabatan lain.

“Program seperti ini menggunakan aktiviti dan modul baharu yang dijalankan secara Aplikasi Google Meet pada masa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 6 Disember 2020,” katanya semasa Majlis Perasmian Penutup Program SHIELDS siri 1/2020 yang turut disempurnakan oleh Pengarah AADK Negeri Pulau Pinang, Elmariah Chung.

Kerjasama padu antara AADK bersama Jabatan Penerangan, SMK Seri Bayu dan Ikon AADK Pulau Pinang.

Kerjasama padu antara AADK bersama Jabatan Penerangan, SMK Seri Bayu dan Ikon AADK Pulau Pinang.

Program ini bersama Ketua Unit Pencegahan AADK Barat Daya, Nur Ariff Fadzlin Sani, yang memberikan ceramah bertajuk Dadah Musuh Negara yang menyampaikan mesej dalam membantu membentuk generasi muda yang sihat dan bebas dadah.

“Tidak menjadi masalah mengadakan program ini sebab para pelajar telah biasa mengikuti pembelajaran secara atas talian sejak PKPB yang lalu,” katanya.

Sesi ceramah diteruskan oleh Wakil Pegawai Pejabat Penerangan Daerah SPT dengan topik Perpaduan Teras Keunggulan Bangsa Malaysia yang memfokuskan topik perpaduan, Jalur Gemilang dan Rukun Negara serta norma baharu kepada pelajar-pelajar secara interaktif.

Sesi ceramah dilakukan oleh Wakil Pegawai Pejabat Penerangan Daerah SPT dengan topik Perpaduan Teras Keunggulan Bangsa Malaysia dalam Program SHIELDS.

Sesi ceramah dilakukan oleh Wakil Pegawai Pejabat Penerangan Daerah SPT dengan topik Perpaduan Teras Keunggulan Bangsa Malaysia dalam Program SHIELDS.

Seorang pelajar Tingkatan 5 yang ditemui, Nur Syahirah Abdul Aziz, berkata pelajar-pelanar menghadirkan diri secara maya dalam program yang diaturkan oleh pihak sekolah, sedikit sebanyak dapat mengisi waktu cuti dengan berfaedah dalam suasana yang luar dari kebiasaan.

“Walaupun tidak bersua muka, saya berpendapat peserta tetap perlu fokus dan aktif bagi memastikan program tersebut bukan komunikasi sehala tetapi dua hala, antara speaker dan peserta,” katanya.

Terdahulu, Pengetua SMK Seri Bayu, Ibrahim Kasa mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Penerangan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta guru-guru terlibat dalam program dua hari ini.

Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Barat Daya, Ibrahim Muhamad Said hadir dalam program Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS) yang berlangsung di Bilik Komputer SMK Seri Bayu.

“Saya turut mengucapkan terima kasih kepada guru-guru memberi kerjasama yang baik agar pelajar-pelajar komited mengikuti program selama dua hari,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda