Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Omnipresence Tingkat Rasa Selamat

By 23 November 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mahadi Mustafa (Dungun)/AADK Dungun

DUNGUN, 23 Nov (Malaysiaaktif) – Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Dungun giat bekerjasama dengan pelbagai pihak di daerah ini menerusi Program Omnipresence (Rondaan Bermotor) bersama Komuniti Kawasan Inisiatif Bersepadu (KIB) dalam usaha memperkasakan penglibatan ahli komuniti mencegah penyalahgunaan dadah.

Menurut Ketua Pegawai AADK Daerah Dungun Yusri Mohd, program sebegini mampu meningkatkan rasa keyakinan masyarakat terhadap keselamatan dan kesejahteraan setempat dengan kehadiran pemantauan pasukan penguatkuasa di sesuatu kawasan tumpuan.

Adun Rantau Abang, Alias Harun menampal Q/R talian hotline AADK di premis.

Adun Rantau Abang, Alias Harun menampal Q/R talian hotline AADK di premis.

“Kami mendekati masyarakat secara terus dengan menyampaikan maklumat tentang penyalahgunaan dadah di samping melakukan aktiviti menampal poster kempen pencegahan dadah serta mengedar risalah yang dikeluarkan oleh AADK,” katanya ketika ‘Program Omnipresence Bersama Komuniti Kawasan Inisiatif Bersepadu (KIB)’ Kuala Dungun di Mukim Abang, Sura dan Paka, baru-baru ini.

Sesi rakaman turut dijalankan yang diketuai oleh Pegawai Rintis Dungun untuk mendapatkan maklumbalas daripada pemimpin-pemimpin komuniti.

Sesi rakaman turut dijalankan yang diketuai oleh Pegawai Rintis Dungun untuk mendapatkan maklumbalas daripada pemimpin-pemimpin komuniti.

Beliau berkata, setiap individu mempunyai peranan penting dalam membantu komuniti mencegah penyalahgunaan dadah dan dalam masa yang sama, pihaknya turut menampal Q/R (quick response) talian hotline AADK di lokasi yang strategik untuk memperkenalkan kaedah lebih mudah bagi komuniti menyalurkan maklumat serta aduan dengan menggunakan aplikasi tersebut menerusi telefon pintar masing-masing.

Program Omnipresence (Rondaan Bermotor) Bersepadu di Mukim Abang baru-baru ini turut disertai pasukan RELA Daerah Dungun dan Anggota dari Pondok Polis Rantau Abang.

Program Omnipresence (Rondaan Bermotor) Bersepadu di Mukim Abang baru-baru ini turut disertai pasukan RELA Daerah Dungun dan Anggota dari Pondok Polis Rantau Abang.

“Kaedah digital ini dilihat lebih mesra pengguna dan memudahkan orang ramai untuk mendekati AADK malahan penggunaannya bertepatan dengan situasi pada hari ini dengan menjadikan pendigitalan sebagai pilihan,” katanya.

Selain itu, sesi rakaman turut dijalankan yang diketuai oleh Pegawai Rintis Dungun untuk mendapatkan maklumbalas daripada pemimpin-pemimpin komuniti mengenai impak projek di KIB Kuala Dungun kepada komuniti setempat.

Anggota AADK menyampaikan maklumat tentang penyalahgunaan dadah disamping aktiviti menampal poster kempen pencegahan dadah serta mengedar risalah yang dikeluarkan oleh AADK di tempat tumpuan awam.

Anggota AADK menyampaikan maklumat tentang penyalahgunaan dadah disamping aktiviti menampal poster kempen pencegahan dadah serta mengedar risalah yang dikeluarkan oleh AADK di tempat tumpuan awam.

“Kami yakin dengan membina komuniti yang saling menyokong amatlah penting untuk mencapai visi ‘Dadah Terkawal 2025’,” ujarnya.

-ii-

Tinggalkan komen anda