Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

UiTM Nafi 600 Pensyarah Sambilan Ditamatkan Perkhidmatan

By 25 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 25 Nov (Malaysiaaktif) – UniversitiĀ Teknologi MARA (UiTM) menafikanĀ penamatan perkhidmatan 600 pensyarah sambilanĀ seperti dilaporkan sebuahĀ portal beritaĀ berbahasa Inggeris semalam.

Menerusi kenyataan hari ini,Ā Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai KassimĀ menyifatkanĀ laporan bertajuk ā€˜UiTMĀ re-assesses 600 part-time lecturers after funding cutā€™ sebagaiĀ salah tafsir serta mengelirukanĀ pelbagai pihak.

ā€œDalam kenyataan bertulis UiTM kepada portal berita itu, sama sekali tidak menyentuh isu berkaitan pemotongan bajet universiti.Ā Oleh itu, isu pemberhentian pensyarah sambilan tidak timbul,ā€ katanya.

Mengulas lanjut,Ā Mohd AzraaiĀ menjelaskan bahawaĀ pengambilan pensyarah sambilan UiTMĀ bagi setiap semester adalah berdasarkan kepada keperluan program serta subjek di setiap fakulti.

“Justeru jumlahnya adalah berbeza-beza pada setiap semester. Oleh itu,Ā laporan yang mengatakan UiTM memberhentikan pensyarah sambilanĀ adalah tidak tepat dan amat dikesali,ā€ katanya.

Menurutnya,Ā UiTM sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi yang prihatin dengan pembangunan serta operasi universiti malah ia adalah satu proses berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda