Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

UM Siasat Hantaran FB UMANY Pertikai Kuasa Agong

By 1 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Universiti Malaya (UM) akan menjalankan siasatan berhubung satu hantaran bertajuk “Yang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal negara” yang dimuat naik Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY) menerusi laman Facebook.

Menurut kenyataan Pejabat Komunikasi Korporat UM hari ini, universiti itu memandang serius hantaran badan pelajar berdaftar berkenaan.

“UM menjunjung dan menghormati institusi beraja.

“Oleh yang demikian, pengurusan tertinggi universiti mengutuk sebarang kenyataan yang melanggar atau bertentangan dengan prinsip tersebut,” demikian menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda