Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

2,335 Kes Baharu, Tertinggi Setakat Ini

By 27 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 27 Dis (Malaysiaaktif) – Malaysia merekodkan kes harian baharu COVID-19 tertinggi sejak pandemik itu melanda negara dengan 2,335 kes, sekali gus menyaksikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini melepasi angka 20,000 kepada 20,035 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan baharu itu menjadikan  jumlah keseluruhan kes di negara ini mencecah 103,900 kes, selain turut merekodkan dua kematian  baharu melibatkan warganegara.

Beliau berkata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes baharu tertinggi iaitu 728 kes dengan 677 daripadanya melibatkan kluster-kluster sedia ada dan hasil saringan kontak rapat COVID-19 di lapangan.

“Selangor mencatat sebanyak 710 kes; Johor (412 kes); Sabah (248 kes); Pulau Pinang (58 kes);  Kelantan (54 kes); Negeri Sembilan (33 kes); Perak (26 kes) dan Pahang (19 kes).

Sementara itu, Kedah dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing merekodkan 16 kes; Sarawak (enam kes); Melaka (lima kes); Wilayah Persekutuan Putrajaya (tiga kes) dan Perlis hanya satu kes,” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan jangkitan COVID-19, di sini semalam.

Sebelum ini negara pernah mencatat jumlah kes harian baharu lebih 2,000 iaitu 2,188 kes pada 24 Nov; 2,234 (10 Dis); 2,018 (21 Dis) dan 2,062 (22 Dis).

— BERNAMA

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda