Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Tanah Mendap, Kereta Api Penumpang Tergendala

By 27 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/FB Ezreen Abd Talip (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 27 Dis (Malaysiaaktif) – Mendapan tanah di landasan kereta api berhampiran Kempas menyebabkan perkhidmatan kereta api di kawasan itu tergendala, semalam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Mohd Rani Hisham Samsudin, tren dengan 24 penumpang dari Stesen Gemas terpaksa dihentikan sebelum kawasan kejadian.

“Pada ketika ini, perkhidmatan tren akan ditamatkan di Stesen Kempas Bahru.

“KTMB menyediakan bas perantara bagi semua penumpang yang terbabit bagi meneruskan perjalanan ke Stesen JB Sentral dan sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

Kejadian mendapan di KM 753 itu berlaku di kawasan berhampiran tapak Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) ekoran hujan lebat yang turun sejak petang semalam telah menjejaskan perjalanan tren di antara Stesen Gemas dan Stesen Johor Bahru Sentral.

“Kerja-kerja pemulihan trek sedang giat dijalankan di kawasan terbabit.

“Pihak KTMB memohon maaf kepada para penumpang yang terlibat dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

-NI

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda