Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Anugerah Khas Diraja Buat Atlet Silat Mohd Al Jufferi

By 2 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 2 Dis (Malaysiaaktif) – Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Anugerah Khas Diraja Peringkat Negeri Pahang Tahun 2020 kepada jaguh silat negara, Mohd Al Jufferi Jamari dan turut berkenan menyerahkan wang tunai sejumlah RM15,000, piala dan sijil penghargaan kepada Mohd Al Jufferi.

Mohd Al Jufferi sebelum ini turut pernah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan di peringkat kebangsaan, Asia, antarabangsa dan dunia.

Antara anugerah lain yang disampaikan pada majlis tersebut adalah Anugerah Perdana Pertubuhan Belia, Anugerah Perdana Belia Lelaki, Anugerah Perdana Belia Wanita, Anugerah Khas Perkhidmatan Awam Muda, Anugerah Khas Kepimpinan, Anugerah Khas Sukarelawan, Anugerah Khas Keusahawanan dan Anugerah Khas Tunas Muda.

Turut berangkat pada majlis tersebut ialah Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mu’adzam Sultan Ahmad Shah.

Majlis Pengurniaan Anugerah Khas Diraja Sempena Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 2020 telah diadakan di Istana Abdul Aziz di sini, di sini baru-baru ini.

-KN

Tinggalkan komen anda