Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Bomba Selamatkan Empat Wanita Sesat di Air Terjun Telaga Tujuh

By 3 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 3 Dis (Malaysiaaktif) – Empat wanita termasuk seorang remaja yang sedang melakukan aktiviti mendaki di kawasan Air Terjun Telaga Tujuh, di Gunung Mat Cincang di Pulau Langkawi cemas selepas mereka terkandas dan tersesat, tengah hari semalam.

Mangsa Nur Anfaal Busyra Abu Aziz, 18,  Fathiyatulnajat Zulkifli, 21, dan Aiman Amirah Zulkifli serta Khairunnasuha Abdul Razak masing-masing berusia 25 tahun dari Kuala Nerang, Kedah sedang bercuti di pulau ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 1.08 tengah hari.

“Seorang pegawai dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan. Mangsa didapati tersesat pada ketinggian kira-kira 61 meter dari kaki gunung tersebut.

“Anggota bomba yang melakukan pendakian kemudian telah menemukan kesemua mangsa dan membawa mereka turun,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamadul Ehsan berkata kesemua mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Operasi tamat sepenuhnya pada 4 petang,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda