Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Penuntut Antarabangsa Institusi Pendidikan Swasta Dibenar Masuk Mulai 1 Jan 2021

By 25 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 25 Dis (Malaysiaaktif) – Kerajaan membenarkanĀ kemasukan penuntutĀ antarabangsa bagi institusi pendidikan swasta kategori pusat bermula 1 Jan 2021, kataĀ Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kebenaranĀ itu melibatkan institusi berpusat seperti pusat bahasa, kemahiran, latihan, tuisyen dan perkembangan minda yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan.

ā€œKemasukan akan diuruskan pihak Education Malaysia Global Services (EMGS), yang perlu mengikut garis panduan dan prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma),ā€ katanya pada sidang media perkembangan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Ismail Sabri berkata kebenaran itu hanya tertaklukĀ kepada penuntut sedia ada yang diluluskan permohonan dan telah mendapat visa daripada Jabatan Imigresen.

Penuntut juga dikehendaki melakukan dua ujian saringan COVID-19 iaitu tiga hari sebelum berlepas ke Malaysia danĀ setiba di pintu masuk negara selainĀ menjalaniĀ kuarantin wajib selama tujuh hari dengan kos ujian saringan serta kuarantin perlu ditanggung penuntut.

Mengenai operasi pusat hiburan, Ismail Sabri berkata hanya pusat hiburan keluarga termasuk karaoke keluarga di kawasan PKPP dibenarkan beroperasi setakat ini.

“Ia termasuk karaoke di majlis perkahwinan. Sementara di kawasan PKP Bersyarat operasinya masih lagi di dalam senarai aktiviti larangan,” katanya menjawab berkenaan keputusan Kerajaan Negeri Sarawak membenarkan pusat karaoke berbilik untuk beroperasi.

Sempena perayaan Hari KrismasĀ yang akan disambut esok dan sambutan Tahun Baharu 2021, Ismail Sabri mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menitik beratkan aspek kesihatan dan keselamatan ketika bercuti panjang.

Katanya biarpun kelonggaran untuk merentas negeri diberikan, rakyat masih terikat dengan prosedur operasi standard dan kawalan kendiri bagi memastikan pandemik COVID-19 tidak menular dalam tempoh itu.

ā€œDi kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada penganut agama Kristian dan Selamat Tahun Baharu 2021…kita dapati terdapat varian baharu turut dikesan di Singapura yang sekali gus menunjukkan virus COVID-19 ini terus aktif dan berkembang.

Justeru dalam sambutan perayaan ini ramai yang mengambil cuti panjang untuk bersama keluarga dan bercuti serta pulang ke kampung, saya ingatkan supaya menjaga kesihatan dan keselamatan kerana kita mempunyaiĀ amanah cukup besar untuk bersama-sama mengekang COVID-19,ā€ katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda